Cari Blog Ini

Ahad, 3 Jun 2012


Berikut adalah tips-tips untuk kawin muda :)
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin.

"Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi yang kedua bukan".
Salam ziarah..
Kemeja hitam berkolar putih menyaluti badannya . Seorang lelaki membetulkan rambut hitamnya yang kusut masai . Merapikan muka si pemalu di hadapan cermin lokar . Hajat hatinya memberi kelulusan bertemu dengan si gadis menggusarkan hatinya . Cicak atau ayam yang membuang najis kapur menjadi agenda hari ini. Segan dan malu .
Hampir-hampir memutuskan untuk membatalkan pertemuan empat mata dengan si gadis . Mungkin , sel-sel malu yang tidak pernah lupa memberi peringatan. Namun, daripada paksi selatan hatinya bertegas janji perlu diperkotakan. Disokong oleh paksi barat dengan hujahnya, hanya diskusi ilmu di kafeteria sahaja bukan beraktivis nafsu .
Paksi utara hanya termenung melongo. Entah apa difikir. Paksi timur hendak berhujah membangkang namun jelas kuasa majoriti pasti menang . Akur dengan keputusan . Sepi tidak menolak walaupun cuba juga menyuarakan . Gagal .
Lelaki yang pemalu itu keluar daripada rumahnya . Menerima niat paksi selatan dan barat. Ya, hanya untuk kebaikan sejagat. Sel-sel malu yang tersipu-sipu menyelimuti pipinya yang sedikit berisi. Pasti senyum seorang lelaki yang pemalu ini memberi lesung pipit yang comel.
Namun, lelaki pemalu ini seakan sudah mati fungsi untuk memberi senyum di saat terpandang si gadis yang duduk ibarat puteri kayangan yang bersantap di atas kerusi kafeteria bersama buku-buku tebalnya di atas meja.
Sel-sel malu mula berlumba merembes ke liang roma kulit lelaki pemalu. Peluh dingin meratai dahi dan jatuh ke pipi. Mungkin, peluh di dahi itu yang membantut senyuman comel lelaki pemalu itu .
Renungan matanya merudum sehingga tersungkur ke lantai marmar. Langkah perlahan demi langkah perlahan menuju ke kayangan. Retina matanya memutar ligat melalui ekor mata kiri dan kanan, takut berlanggar dengan manusia lain dek kerna matanya tidak fokus ke hadapan. Memberi salam dengan getaran jiwa si pemalu yang tidak dibuat-buat. Asli daripada atma lelaki itu .

Kemudian, terdengar sapaan bait-bait lemah lembut si gadis ; satu persoalan si gadis kepada lelaki itu yang memberi transformasi sel-sel malu itu bercambah pada kadar maksima. Darah seakan laju berlumba ingin keluar daripada liang roma kulit muka si pemalu. Hangat dan merah pipinya seperti mahu meletuskan sesuatu yang terpendam .
Sel-sel malu bertindak seperti ekstrimis yang tidak pernah gentar tetapi tersipu-sipu gerakannya. Paksi timur khuatir. Kasihan dengan perubahan drastik lelaki pemalu. Mungkin, sudah mati akal untuk memberi kata jawapan kepada soalan si gadis tadi .
Di saat kabut yang sedang melanda hati lelaki itu, paksi selatan dan barat kecut mendiamkan diri, tak kurang juga memberi bisikan nakal. Bisikan nakal yang sudah lari daripada niat asalnya berjumpa si gadis. Paksi utara pula , jangan ditanya sudah lama terkubur dengan mimpi indahnya selepas melongo ketika perbincangan .
Paksi timur yang kasihan juga mati akal. bimbang dengan ilmu yang sedikit. Khuatir dengan si lelaki pemalu itu bertindak luar daripada rasional fikirannya . Namun , atas dasar perasaan kasihan, paksi timur membisik naluri lelaki pemalu itu . Memberi jawapan kepada si gadis yang sudah lama bertanyakan soalan yang menggusarkan lelaki pemalu .
Lelaki yang malu itu cuba menguatkan atmanya . Kotak suaranya cuba mengumpulkan udara memberi paduan mampat gelombang yang ingin diletuskan. Bersedia memberi jawapan kepada persoalan si gadis itu . suara bercantum dengan akal, suara si pemalu itu terbang liar ke cuping si gadis .

' Aku lelaki yang mudah jatuh cinta kepada perempuan . Hasrat engkau mahukan mataku memandang matamu  bukanlah pilihan tepat untuk lelaki persis aku . jadi , aku pohon izinkan mataku sentiasa menyembah bumi selepas memberi pandangan pertama kerna aku bimbang pandangan kedua ku mampu memberi hati kepada kamu , si gadis yang bertudung cantik , '
Lelaki pemalu itu bangun. Sel-sel malu mula stabil. Merah mukanya memberi kembali warna asal. Keluar daripada istana si gadis kayangan .Kelihatan lesung pipit yang comel berjalan masuk ke atmosfera ketenangan. Senyum . ^_^
Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :
"Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat".

Sabtu, 14 Mei 2011

fhone ku diambil orng.hahaa


tak tau la cam ne nak cite nehh...tpi yg pasty fhone aku dan ayep ilang..2 sekali guss!! :"(
masalah nyee aku tak ksah pasal fhone tu..tpi aku cgat la ksah SIMKAD tu...
tpi aku cian gler kat ayep tu..muke die sedih abis laaa.. kalah orng becerai talak 4 huhuh
kiteorng syak bdak2 promoter gak yg REMBAT ..tpi tanak la syak2 lu..kang salah leh jd gadoh la..
tpi papehal tggu BLUE WAVE tgok CCTV ..nak knal pasti sape yg curik ..
skang ni hanye REDHA je la..
bak kate papatah "barang yang lepas jangan la dikenang lagi"

Isnin, 2 Mei 2011

HANYA DIA :D


sejak akhir ni asal ntah..asyik teringat die je...tak tau la npe..??
padahal aku hnye bkawan je ngan die...kadang2 tu hnye chat2 kat fb je..
skang ni aku da lame gak la tak chat ngan die..
smalm die ade la text ..tu pon haye ckap HYEP je..pastu dh tak reply...
tpi bile die text aku je..haty dah bebunga bertaman2 ..hahhahaa
ntah tak tau la npe aku ade perasaan syang kat die..
kadang2 bile miss die..
tgok pic die je..hahahhaa
bile nak ckap ngan die..aku ase blur cgat..cam orng ilang ingatan setaun je...
hahahha
skang ni aku bdoa je la..nak mgharap cgat pon tak lehhh..
kang tak dpat nanges betaun2..haha

Jumaat, 24 Disember 2010

PLKN

hari ni genap 8 hari lagi..
aku akan dijemput untok menghadiri diri k PLKN di kem terkok sg siput,perak
kawan kawan selamat tinggal selama 3 bulan.
aku akan mendapat kawan pelbagai bangsa di sana..
hahhaa
walaupon berat hati nak g ...
tapi aku redha je..
g je la.
haha
korng tggu la aku dgan setia aww..
haha

road world


ahad hingga isnin sape nak ekot g melaka, melaka bandar bersejarah. aku pegi bersame same keluar ge yg agak la besar...
haha
walaupun agak bosan sbab bnyak kali da aku pegi saner..
tetapi terpakse la aku ikot atas kemahuan ibu ku....
hahahha
esok msty packing barang tok g melaka..
hahaha
walaupon g 2 ari..
barang cam nak g 2 tahun..
haha